sampai sahaja di rumah batu berdinding putih itu, aizam pun menongkat motosikalnya di bawah pohon manggis yang merendang di tepi rumah. dia segera mengikuti ibunya ke belakang rumah. memang jadi kebiasaan orang kampung masuk rumah dari pintu belakang,hanya pabila ada tetamu bertandang barulah pintu hadapan akan dibuka.
sejurus melangkahkan kaki ke dalam,aizam terus menuju ke ruang tengah rumah, di satu sudut ruangan kubikel itu, sekujur tubuh sedang terlantar di atas katil.dengan langkah perlahan dia mendekati nenek Peah. "nek, ni aizam nek,aizam cucu nenek" dengan suara sedikit nyaring. "ijammmm..dtg jugak ko tengok nenek, bagus ko...xlupakan nenek" lambat nenek membalas.
di ciumnya pipi nenek peah, dipegang tangannya.ternyata apa yang dilihat hanyalah kulit yang membaluti tulang.tanpa aizam sedar,kehangatan air mata menitis membasahi pipi.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment