13.3.11

petanque 2 :memulakan permainan

Salam ok kita sambung pasal petanque, entry lepas dah bincang pasal sejarah,skang kita nk pi peraturan dan cara permainan.serba sedikit jela ye..sebelom tu mari kita kenali rupa bola petanque…

Bola dia ada dua, yng besar bekilat tu kita panggil boule or kitorang slalu panggil bola ..n lagi satu yg kecik tu kita panggil bola jack/jek. Boule ni die ade ukuran dan berat, bergantung  pada org yang main la, dia lebih selesa guna bola yg mane, kalo yg kami gunakan diameter 70mm dan berat 700g/690g sebiji.. boule tu ade macam2 ade yg licin, ade yg 1stripe, ade yang 2stripe (tgk gamba atas tu)

Sukan ni slalu kita main samada perseorangan (satu lawan satu,tiga boa setiap seorang), bergu (dua lawan dua/tiga bola setiap seorang) ataupun bertiga (tiga lawan tiga/dua bola setiap seorang.)

Dalam setiap perlawanan, kalau perseoranga atau beregu,dia mestilah serba boleh mknanya dia boleh membaling dan memukul( point and shooter)kalau main bertiga kita perlukan sorang pointer, sorang back up dan sorg shooter.setiap sorg ahli ada peranan mereka sendiri, kalau pointer dia perlu baling bola sedekat mungkin dengan jek,shooter pulak menembak semua  bola pihak lawan yang hampir dengan jek (utk mendapatkan mata tertinggi bagi kumpulan) dan backup ada dua tugas, dia kene jadi pointer mahupun shooter bergantung pada keadaan.

Petanque ni sukan berfikir,so tak perlu berbadan sasa,sukan berkumpulan, semua ahli mesti bekerjasama membentuk strategi  menumpaskan pihak lawan.

Dalam satu2 perlawanan, bola tak boleh melebihi 12biji. Dan untuk memulakan perlawanan kita slalu lambung duit atau ambil dua biji bola( sebiji bola dari setiap kumpulan) dan dibaling keudara kearah belakang bersama-sama jek.bola yang jatuh paling dekat dengan jek akan memulakan perlawanan.. (tgk gamba sebelah ni,bola yg 2stripe tu lagi dekat dgn jack,so kumpulan tu la yg mulakan permainan.)


Memulakan permainan..
Sorang ahli yg mulakan permainan akan melukis bulatan atas tanah berdiameter 35cm hingga 50cm,sekadar cukup utk selesa berdiri..lepas tu dia akan baling jek pada jarak antara 6-10meter dari tempat berdiri.kalau xcukup 6m or terlebeh 10m,ada 3 kali percubaan.kalau tak boleh jugak,pihak lawan akan memulakan permainan…

 balingan jack mesti antara 6-10m dari jarak berdiri

dan pasukan yang memulakan permainan akan cuba sedaya upaya untuk membaling bola sehampir mungkin dengan jek..cara balingan ada banyak.nanti ada masa aku buat entri lain.
kita perlu baling bola sehampir mungkin dgn jack.

Ketika membaling bola atau memukul(shooter) kedua-dua belah kaki mestilah berada didalam bulatan, kalau tak, balinngan tersebut akan dikira batal.

Lepas orang pertama dari pasukan yg memulakan permainan membaling bola, maka pasukan lawan pula akan membaling,pasukan lawan mestilah membaling bola dan cuba menewaskan bola utama pasukan lawan atau memukulnya jauh dari jek…

Paham? Camni citenye..org 1st tadi baling bola dekat dgn jek.pastu lawan pulak baling,lawan tu kene baling bola bagi dekat lagi dengan jek berbanding dgn org 1st tadi..kalo bola org 1st tu tadi terlalu hampir,so pihak lawan kenela shoot bola 1st tadi..namepon strategi..lu pikirla sendiri kan.

Pasukan yang bola mereka lagi jauh dengan jek akan terus membaling bola sampai la bola dorg paling dekat dengan jek tu… penat pulak menulis…haih..sambung lain la… salam

2 comments:

Anonymous said...

mudah faham...bagus penerangannyer

Anonymous said...

Ma kasih atas penerangan anda..peralatan permainan petangue ni kat mana boleh beli??

tired...maybe

have you ever feel tired of being a good person..? penat... terlalu penat menjadi watak baik.. have you? sometimes i do... but i keep t...