23.11.09

entri re-post..sekadar renungan~


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta. 

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

 "Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  [Al-Baqarah: 224]

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 [Al-Baqarah:216 ] 

*dipetik dari iluvislam.com

13 comments:

Anonymous said...

arghh..

amat sukar melupakan first love!!!

hans said...

aku rasa apa2pun bila nak maafkan orang ikhlaskan hati dlu
kalau memafkan terus pun tak guna juga sebab benda tu akan sentiasa diingatan

Unknown said...

mari la sama-sama kita lancarkan program pendidikan "lupakan cita pertama"

hahaha sesuai tak..



p/s;amat suka ayat kesilapan dan kegagalan kita belajar dari itu..


hahahaha..kenapa aku ketawa..hahaa

zixol said...

ghostone--<@
susah ek?? xpelah pelan2 je ok..

zixol said...

hans--<@
macam boleh memaafkan tapi sukar melupakan..gitu ke???

zixol said...

syap--<@
marila lupekan kekasih gelap..ahaha..

wah btol cakap ko..belajar dari kesilapan baru btol2 pengajaran tu.. heheh..

siot ek ko gelakkan aku..

sabo2..

syaf said...

pergh kaw ni mesti mat2 bunge kan
ataw uke bace novel

bahase kaw pergh romantik shyiot...hahah

anyway ape yg kaw cakap 2 ade kebenaranye...aku setuju dengan semuenyer....bagus r ko

**x teringin jadi cikgu sastera kew....larikk...TEKSII!!!!

zixol said...

syaf--<@
mat bunge?? penuh romantis??
areee karawaleeee~~~

cikgu sastera?? xmo la..

a.t.O.k. said...

thumbs up untuk entri nih.
woot woot.
anda telah menang adiah nobel.
sekian.

zixol said...

atok kool--<@
yeay!! saye menang moto!

i'msosupernotcool said...

yup..
we alwys asking more than wat we need..
we just cant see..

thx drop kat my page..
nice blog..

.millalara. said...

hidup ni akan jd lebih indah jika semua org bersikap pemaaf dan sering meminta maaf kan :)

*kenangan itu indah if kita mmbygkan ianya indah dan buleh juga jd dendam jika mendendaminya.. huuu~

suka entry ni :)

definitely.me said...

OMG! This is really nice.
Thank god i found this entry.
sgt2 perlukan semangat ini.
thnx for putting up this info..
Huu..

tired...maybe

have you ever feel tired of being a good person..? penat... terlalu penat menjadi watak baik.. have you? sometimes i do... but i keep t...